Dr. Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Depoh Tahanan Imigresen Semenyih menjadi kluster baharu yang dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sejumlah 1,752 sampel telah diambil melibatkan 1,631 dan kakitangan depoh berkenaan adalah sebanyak 121 orang.

“Depoh Tahanan Imigresen Semenyih ada 21 kes positif, kluster Pedas, Negeri Sembilan ada satu kes menjadikan 163 kes, dan kluster tapak pembinaan Setia Alam juga tambah satu kes menjadikan 13 kes,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sementara itu, 31 kluster lain tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Khamis lalu, KKM memaklumkan satu kluster baharu dikesan di Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil membabitkan 35 kes positif Covid-19.

Kesemua kes positif itu membabitkan bukan warganegara Malaysia iaitu 17 warga Myanmar, 15 (India), dan masing-masing seorang warga Sri Lanka, Bangladesh dan Mesir.

Dalam pada itu, KKM berkata pihaknya telah mengenal pasti empat kontrak rapat wanita mengandung yang dijangkiti Covid-19 di Kelantan.

“Saringan tiga lagi kontak rapat wanita itu masih menunggu keputusan daripada makmal.

“Saringan terhadap 30 kontak rapat yang telah kita jalankan semuanya negatif walaubagaimanapun mereka akan dikuarantin selama 14 hari.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata polis memberi kebenaran kepada seorang wanita mengandung merentas negeri dari Ampang, Kuala Lumpur untuk bersalin di kampung halamannya di Kelantan, sebelum disahkan positif Covid-19. -MalaysiaGazette