Orang ramai beratur dengan penjarakan sosial untuk membeli barangan keperluan pada saat-sat akhir menjelang Hari Raya Aidilifitri yang diraikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berikutan penularan Covid-19 di pasaraya ST Rosyam Mart, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 MEI 2020.

KUALA LUMPUR – Sehari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri, ada yang memilih untuk membuat persediaan di saat-saat akhir.

Tinjauan MalaysiaGazette di Pasaraya ST Rosyam Mart, Setiawangsa mendapati ramai yang beratur untuk membeli barangan keperluan bagi menyediakan juadah Syawal.

Menakjubkan, panjangnya barisan sehingga ke kawasan lot parkir pasaraya tersebut yang terletak di belakang, tingkat 1.

Difahamkan ada yang beratur selama lebih dua jam sebelum mendapat giliran masuk ke pasar raya yang menghadkan jumlah pelanggan gara-gara penularan Covid-19.

Pihak pengurusan pasar raya tersebut memaklumkan, sebelum pasar raya itu buka pada 9 pagi lagi, orang ramai sudah mula beratur.

Walaupun ramai, namun pelanggan yang datang menunggu penuh sabar dan berdisiplin dengan menjaga jarak antara satu sama lain.

Orang ramai membeli barangan keperluan pada saat-sat akhir menjelang Hari Raya Aidilifitri yang diraikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berikutan penularan Covid-19 di pasaraya ST Rosyam Mart, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 MEI 2020.
Orang ramai membeli barangan keperluan pada saat-sat akhir menjelang Hari Raya Aidilifitri yang diraikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berikutan penularan Covid-19 di pasaraya ST Rosyam Mart, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 MEI 2020.

Pihak pasar raya juga mengambil tanggungjawab penuh mengambil nama setiap pelanggan, membuat imbasan suhu dan memberikan cecair nyah kuman sebelum pelanggan masuk.

Bekalan makanan di pasar raya tersebut juga kelihatan mencukupi. – MalaysiaGazette