TERKINI : KKM Sarankan 5 Kunci Keselamatan Makanan – Dr Noor Hisham

Umat Islam yang bakal menyambut perayaaan Aidilfitri Ahad ini dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap cara penyedian yang betul dan selamat ketika menyediakan juadah.

Ini kerana, langkah penyediaan makanan yang selamat boleh mencegah keracunan makanan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau menyarankan agar orang ramai mengamalkan lima kunci keselamatan makanan bagi memastikan makanan yang disediakan bersih dan selamat untuk keluarga tersayang. “Amalkan kebersihan diri dan mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum mengendalikan makanan.