Nur Azwaadiey mengisi.maklumat peribadi dalam borang secara dalam talian.

Oleh SHAMSUDIN OLI MOHAMED

KOTA BHARU – Penutup mulut, hidung dan hand sanitizer antara hantaran perkahwinan warga emas, Yaacob Hassan, 77, yang akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Saudah Yaacob, 64, di Kampung Desa Taqwa, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu esok (Isnin).

Perkahwinan kali kedua bagi datuk yang mempunyai sepuluh orang anak, 31 cucu dan dua cicit ini dijangka diadakan di rumah pengantin perempuan yang akan dihadiri oleh enam wakil.

Mereka terdiri daripada seorang jurunikah, dua saksi, pengantin lelaki, pengantin perempuan, seorang wali seperti yang diarahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Kelantan.

Hand sanitizer jadi hantaran warga emas.esok.

Menurut cucu ketujuhnya Nur Azwaadiey Rosli 25, lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Maklumat) dari Universiti Utara Malaysia (UUM), datuknya mengambil keputusan mendirikan rumahtangga selepas kematian isteri enam bulan lalu.

‘Setelah berbincang dan mendapat persetujuan dari kedua belah keluarga maka datuk saya bersetuju untuk berkahwin dengan Saudah Yaacob yang mempunyai empat orang anak dan 11 orang cucu,’ katanya ketika ditemui.

Nur Azwaadiey menambah, keputusan perkahwinan ini juga diambil setelah datuknya kini pulih dari masalah kesihatan iaitu kanser Limfoma.

Nur Azwaadiey menyarungkan baju Melayu .yang akan dipakai pada majlis akad nikah esok.

Walaubagaimanapun, tahap kesihatannya kini telah sembuh setelah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak enam kali.

Kini Yaacob lebih sihat dan mampu ke kebun menanam sayur dan buahan-buahan.

Semua persiapan termasuk pakaian, cincin dan hantaran telah disiapkan sejak beberapa hari lalu termasuk penutup mulut, hidung dan hand sanitizer.

Moga jodoh kedua pasangan ini bersama anak, cucu dan cicit mereka akan dipermudahkan Allah. – MalaysiaGazette