TERKINI : 48 Kes Baharu Covid19, Tiada Kematian Direkodkan Hari Ini – Dr Noor Hisham

Jumlah kematian bagi positif Covid-19 masih kekal kepada 115 kes kerana tiada kes kematian direkodkan hari ini. Bagaimanapun menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, positif Covid-19 terus meningkat kepada 48 kes hari ini.

“Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,185 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,158 kes.

“Daripada 48 kes baru yang dilaporkan, 4 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Daripada 44 kes penularan tempatan, 25 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 21 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih,” katanya dalam sidang media perkembangan terkini Covid-19 di KKM, hari ini.