Orang ramai mengambil kesempatan bersiar-siar di ibu kota sempena cuti umum Aidilfitri semasa tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 25 MEI 2020.

KUALA LUMPUR – Hari kedua sambutan Aidilfitri menyaksikan orang ramai khususnya warga asing memenuhi pusat beli-belah sekitar ibu negara.

Tinjauan MalaysiaGazette di Bukit Bintang mendapati ada segelintir pengunjung tidak mengenakan topeng penutup hidung dan mulut selain melepak di tepi kawasan premis perniagaan.

Dalam masa sama, sebilangan warga kota turut dilihat mengambil kesempatan keluar membeli-belah bagi memanfaatkan cuti umum Aidilfitri mereka.

Orang ramai yang tidak dapat pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya Aidilfitri mengambil kesempatan bersiar-siar semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 25 MEI 2020.

Selain jumlah kenderaan yang banyak di sepanjang jalan di Bukit Bintang, kesesakan orang ramai jelas berlaku ketika mereka mahu menyeberangi lintasan pejalan kaki sekali gus tidak menghiraukan penjarakan sosial.

Selain itu, terdapat pengunjung yang merakamkan gambar dalam satu kumpulan besar dan situasi itu nyata mengganggu mereka yang mahu melalui kawasan tersebut.

Suasana di pusast beli-belah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 25 MEI 2020.

Tidak kurang juga kelibat ibu bapa yang menolak kereta sorong bayi di tengah-tengah kesesakan tersebut.

Bilangan pengunjung yang ramai dalam satu-satu masa di kawasan tumpuan seperti pusat beli-belah jelas dilihat tidak selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berakhir pada 9 Jun depan.

 

 

Orang ramai yang tidak dapat pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya Aidilfitri mengambil kesempatan bersiar-siar semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 25 MEI 2020.

–MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.