Dua individu di Hull City diuji positif Covid-19 selepas sariangan virus dilaksanakan terhadap lebih 1,000 pemain dan kakitangan baru-baru ini.

LONDON – Kelab kejuaraan Hull City mengesahkan dua individu diuji positif Koronavirus 2019 (Covid-19) di kelab itu.

Hasil itu diperolehi selepas ujian saringan dilaksanakan terhadap 1,000 pemain dan kakitangan kelab.

Dalam kenyataan hari ini Hull berkata, dua individu itu adalah asimptomatik dan tidak merasakan kesan atau gejala penyakit.

Bagaimanapun, kedua-dua individu yang diuji positif itu akan diikuaratin selama 7 hari dengan menggunakan garis panduan EFL.

Justeru kedua-dus individu itu akan dilibatkan saringan kedua dalam satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Bagaimanapun pasukan yang terkenal dengan nama jolokan the tigers tidak mengesahkan sama ada dua kes positif itu adalah daripada pemain ataupun kakitangan mereka.

Hull telah menulis surat sebanyak dua kali kepada Liga Bola Sepak England (EFL) sebagai mendesak musim ini dibatalkan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast