Kemalangan membabitkan lori tangki dan sebuah van di susur keluar persimpangan Behrang.

KUALA LUMPUR – Kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori tangki dan sebuah van syarikat keselamatan telah menyebabkan kesesakan teruk di susur keluar Persimpangan Behrang ke Plaza Tol Behrang.

Nahas yang berlaku di KM 389.5 itu telah mengakibat semua lorong arah utara dan selatan terhalang.

Difahamkan seorang mangsa dari van berkenaan maut.

Ini kerana, lori tangki yang membawa minyak diesel itu terbabas  lalu merempuh penghadang  jalan di tengah-tengah lebuh raya dan memasuki laluan arah selatan.

Kemalangan itu dikatakan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Kerja-kerja pengalihan dan pembersihan sedang dijalankan.

Berikutan itu, Lembaga Lebuh Raya Malaysia meminta pengguna arah ke selatan keluar di Persimpangan Slim River manakala arah utara keluar di Persimpangan Tanjung Malim bagi mengelakkan kesesakan.

Sehingga ini belum dipastikan keadaan mangsa-mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut. – MalaysiaGazette