Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan saringan ke atas penduduk berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan penularan Covid-19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di sekitar kawasan Jalan Pudu, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 17 MEI 2020.

PUTRAJAYA – Jumlah kes positif Covid-19 kembali kepada dua digit setelah mencatatkan tiga digit selama dua hari berturut-turut sebelum ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat 15 kes baharu yang telah dilaporkan, bilangan kes terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Ini menjadikan jumlah kes  positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,619 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,421 kes.

“Sehingga kini, seramai lapan kes positif Covid-19 sedang
dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, empat kes memerlukan bantuan pernafasan,” kata beliau dalam sidang media di Kementerian Kesiahtan Malaysia (KKM), hari ini.

Daripada jumlah itu, enam kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Daripada sembilan kes penularan tempatan pula, empat kes adalah bukan warganegara Malaysia.

Kuala Lumpur mencatatkan enam kes baharu positif Covid-19 dengan tiga daripadanya adalah kes import manakala Selangor mencatatkan lima kes dengan tiga daripadanya juga daripada kes import.

Tiga lagi kes di Sarawak dan satu ke di Sabah.

Jumlah kes sembuh juga mencatatkan kadar yang memberangsangkan dengan 42 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Sehingga hari ini, 6,083 pesakit positif Covid-19 telah sembuh iaitu 79.8 peratus daripada jumlah kes.

Kadar kematian juga kekal kepada 115 yang memasuki hari keenam tanpa kes kematian.

Noor Hisham berkata, peningkatan kes positif Covud-19 yang dilaporkan sejak beberapa hari lepas adalah disebabkan oleh pengesananan kes-kes Covid-19 di beberapa Depot Tahanan Imigresen (DTI) dan lain-lain kluster aktif yang melibatkan bukan
warganegara Malaysia.

Ia adalah susulan tindakan  pendekatan tertumpu (targeted approach) Kerajaan dalam membendung penularan kes Covid-19. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Trump menggelar virus yang membunuh ini sebagai Chinese virus, sehingga kini ia telah MEMBUNUH lebih 300,000 orang!

    Ratusan juta telah hilang pekerjaan dan hidup dalam kemiskinan papa kedana!

    Ia benar2 telah menyusahkan umat manusia!

Comments are closed.