TERKINI : 22 Warga China Mengaku Tak Bersalah Promosi Judi Online

Sekumpulan 22 warga China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mempromosi perjudian dalam talian di dalam sebuah premis di Ara Damansara pada 9 Mei lalu.

Pengakuan dibacakan secara berasingan iaitu di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham dan Zhafran Rahim Hamzah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, tengahari ini.

Kesemua tertuduh berusia antara 23 hingga 31 tahun di mana 20 daripada mereka adalah lelaki dan dua pula adalah wanita.