TERKINI : Enam Rider ‘Food Panda’ Mengaku Tak Bersalah Merusuh di Restoran

Enam penghantar makanan Foodpanda mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan melakukan rusuhan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Pengakuan dibuat di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah pagi ini.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua enam penghantar makanan itu bersama 10 orang lain yang masih bebas melakukan rusuhan di Restoran Dong Ding, Jalan Puteri 7/ 13A, Bandar Puteri, Puchong, pada jam 6.20 petang, 18 Mei lalu.