PARIS – GlaxoSmithKline akan menghasilkan 1 bilion dos pelengkap vaksin – booster yang menyokong imunisasi dalam menangani pandemik Covid-19 pada tahun depan.

Pelengkap vaksin itu boleh mengurangkan jumlah vaksin yang diperlukan setiap dos membolehkan lebih banyak orang diimunisasi dan mewujudkan kekebalan yang lebih lama, kata Glaxo dalam satu kenyataan.

“Lebih daripada satu vaksin akan diperlukan untuk mengatasi wabak global ini,” kata Roger Connor, Presiden Operasi Vaksin Glaxo dalam kenyataan syarikat itu.

Menurutnya, GlaxoSmithKline percaya inovatif teknologi pelengkap pandemik itu mempunyai berpotensi untuk membantu meningkatkan keberkesanan dan peningkatan beberapa vaksin Covid-19.

Syarikat yang berpusat di London itu telah memulakan pembuatan pelengkap vaksin setelah meninjau rangkaian bekalannya dan mendapati ia dapat meningkatkan kapasiti.

Ia juga merancang untuk membuat dos pelengkap vaksin di kilangnya Eropah, Kanada dan Amerika Syarikat.

GlaxoSmithKline tidak menjangka mendapat keuntungan dari usaha menghasilkan pelengkap vaksin Covid-19 sepanjang penularan wabak itu, sebaliknya ia merupakan menyokong penyelidikan dan persediaan pandemik jangka panjang.- MalaysiaGazette