drunk sodomised sodomy driver lorry attendant
ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

KUALA LUMPUR – Polis hari ini telah menahan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dan menjalani rawatan psikatrik yang membuat ugutan ke atas wakil rakyat DAP.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berkenaan ditahan di perkarangan Ibupejabat Polis Petaling Jaya pukul 12.50 tengahari tadi.

“Siasatan awal suspek mengaku membuat komen tersebut di dalam media sosial dan suspek terbabit juga turut terlibat dengan kes yang sedang disiasat melibatkan Ketua Pemuda MCA Kebangsaan (Nicole Wong) pada 21 April lalu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Nik Ezanee, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 292 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Suspek mempunyai kad OKU dan masih menjalankan rawatan psikiatrik di sebuah hospital sejak tahun 2016,” katanya.

Semalam, Nik Ezanee memaklumkan pihaknya sudah menerima laporan polis daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin yang mendakwa menerima ugutan bunuh dan ancaman rogol oleh netizen di media sosialnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Guan Eng selar gangguan seksual terhadap 2 ADUN DAP