KUALA BERANG – Mayat pertama kes lemas membabitkan tiga beradik di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, ditemui pada pukul 9.50 pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Mohd Basri Kamarazaman berkata, mayat Umar Iskandar Mohd, 21, ditemui 100 meter dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa ditemui terdampar di dasar sungai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Basri berkata, pihak bomba turut menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) daripada Jalan Klang Lama, bagi melancarkan lagi operasi pencarian dua lagi mangsa iaitu Khairil Firdaus, 17 dan Khalif Naim, 16. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast