Sidang media yang diadakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia semalam

PETALING JAYA – Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di sini petang ini menjadi tumpuan penyokong parti itu dan juga pengamal media berikutan sidang media yang akan diadakan sebentar lagi.

Difahamkan, bangunan Menara Yayasan Selangor itu dikerumuni penyokong parti berkenaan sejak pukul 2 petang susulan makluman berkenaan sidang media yang hendak diadakan.

Antara pimpinan parti itu yang dilihat hadir iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Petugas media yang sudah siapa sedia berada di sini dimaklumkan bahawa beberapa sidang media akan diadakan.

Bangunan Menara Yayasan Selangor kini dikawal rapi oleh Polis Diraja Malaysia. – Malaysia Gazette

4 Komen

  1. Dah terlalu tua dah…dulu boleh la nak kata hero…sekarang zero..dari suka jadi menyampah pulak..

  2. Kesiannnnn… 95 tahun hidup masih terus mengejar dunia… Sisa nafas tu gunakanlah buat kebajikan… Bukanya menabur fitnah, kebencian dan perpecahan…

    Semua harta dan pangkat kita tinggalkan. PANGKAT PM 4, 7???? BESERTA PUJIAN HANYALAH TIPU DAYA SYAITAN, MUSUH MANUSIA YG JELAS LAGI NYATA.

Comments are closed.