Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kaunter permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuka di semua Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 30 dan 31 Mei 2020 (Sabtu dan Ahad), kecuali di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kerana cuti umum Pesta Kaamatan pada tarikh-tarikh tersebut.

LHDN dalam kenyataan memberitahu, kaunter rayuan tersebut akan beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Bagi pemohon BPN di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kaunter permohonan rayuan BPN dilanjutkan ke hari bekerja berikutnya iaitu pada 2 Jun 2020.

Menurut LHDNM, pembukaan kaunter itu bertujuan memastikan golongan yang benar-benar layak tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

“Pemohon yang permohonan atau rayuannya tidak diluluskan sebelum ini boleh mengemukakan permohonan rayuan dengan hadir ke kaunter perkhidmatan LHDNM yang terdekat atau melalui e-mel ke [email protected] bersama-sama dokumen sokongan yang berkaitan,” kata LHDNM.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

  1. Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara),
  2. HASiL Live Chat;
  3. Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan

Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:

— MalaysiaGazette