Setiausaha Agung PPBM, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

PETALING JAYA – Datuk Seri Hamzah Zainuddin menempelak tuduhan pihak-pihak tertentu apabila cuba menyalahkan beliau sebagai individu yang cuba memecah-belahkan Melayu dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sebaliknya, beliau menegaskan apa yang dilakukan adalah berdasarkan arahan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang sebelum ini berulang kali meminta pemimpin parti itu supaya mencari jalan meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

“Apa yang saya lakukan bukan untuk pecah-belahkan parti tapi untuk menentukan apa yang Tun (Dr Mahathir) sendiri mahu.

“Tun mahu supaya kalau boleh pemimpin-pemimpin Melayu Bersatu kembali. Itu saya lakukan dan ada beberapa perkara dia minta saya buat,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurut Hamzah lagi, Mahathir turut menyampaikan permintaannya itu kepada pemimpin parti termasuk anaknya sendiri, Datuk Seri Mukhriz, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Faizal Azumu.

Perkara itu dinyatakan Mahathir ketika mereka semua dipanggil dalam satu pertemuan yang diadakan di rumahnya di Seri Kembangan.

“Dia (Mahathir) kata nak cari jalan bagaimana untuk Bersatu keluar dari PH. Ini permintaannya dan saya kata okay kita sama-samalah.

The rest is history bila Tun letak jawatan,” ujarnya.

Antara pemimpin Bersatu yang turut kelihatan pada sidang media tersebut adalah yang menyokong Muhyiddin iaitu Datuk Seri Rina Harun dan Datuk Seri Radzi Jidin. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Dulu kat taman saya ada org tua yg menjd pengerusi mcm2 activiti, masjidlh, sekolahlh.. itulah, inilah… katanya mcm pembela org kurang kemampuan, bila2 leh panjt pejbt kerajaan .. kira leh settle lah apa benda. Satu sikap dia , susah nak terima atau mmg tak terima pendpt org lain dan suka memperkecilkn pendpt org.. sampai satu tahap seolah2 memputuhiiii pendpt ajknya sendiri , dlm msjid pulak tu… pendpt saya masa tulh kn , selagi leh pakai dia ni… kita pakai, esuk lusa dh takleh dia paham2 sendiri lah.. Al-fateha , (utk org tua td lah)..

Comments are closed.