TERKINI : Saya Masih Pengerusi Bersatu, Pemecatan Saya Tidak Sah – Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau masih lagi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan pemecatannya dari parti itu tidak sah.

Beliau berkata, pengumuman mengenai penggugurannya daripada parti tersebut sebagaimana yang dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya semalam tidak mengikut perlembagaan parti kerana beliau (Muhammad Suhaimi) telah dipecat lebih awal.

“Saya sebagai pengerusi masih lagi memegang jawatan itu dan Datuk Marzuki (Yahya) adalah Setiausaha (Agung) parti.

Dia masih lagi memegang jawatan berkenaan,” katanya pada sidang di sini hari ini.

Menurut Mahathir lagi, pemecatan beliau menjadi tidak sah kerana pelantikan setiausaha agong baharu yang dilantik oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibuat mengikut lunas yang betul.

3 Komen

  1. Ko memang Mahaguru auta dan membelit. Di Akhirat nanti cuba ko argue ngan Allah SWT bahawa Allah tak adil bagi ko hidup 100 tahun je, mana cukup nak siapkan bekalan Akhirat. Ko perlu hidup 100 tahun lagi nak beramal.

    Buatlah apa pun Madey, ko sembah lah DAP tu ngan cik non ngan mat sabo tapi kami yakin janji Allah… QS. 4. An-Nisaa’ : 141. “…… dan Allah sekali-kali tidak akan MEMBERI JALAN kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman.”

  2. Eloklah Atuk bawa perkara ini kemahkamah dan biarkan mereka yang timbang dan putuskan!

    Concurrently Atuk bolehlah isi borang untuk jadi DEPUTY kepada Mat Sabu!

Comments are closed.