Pemegang Amanah dan Jawantankuasa Kerja, Datuk N Sivakumar Nadarajah

KUALA LUMPUR –Bantuan berupa barangan asas serta keperluan harian selain makanan telah disumbangkan tidak putus-putus sejak mulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung pandemik Covid-19.

Pemegang Amanah Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, Datuk Sivakumar Nadarajah tampil memberikan sumbangan secara besar-besaran kepada golongan memerlukan dalam skala yang agak besar.

Bantuan lebih berbentuk daripada dana persendirian itu antara inisiatif membantu golongan dalam kesempitan dan amat memerlukan ketika musibah Covid-19.

Sejak dua bulan lalu, sekurang-kurangnya hampir 3,000 buah keluarga serta individu telah mendapat manfaat daripada sumbangannya.

Kali ini, Sivakumar tampil membantu rumah ibadat khasnya kuil di sekitar Lembah Klang dan Selangor malah ada juga kuil luar kawasan.

Menurut Sivakumar, dirinya terpanggil untuk tampil membantu kerana secara peribadi ramai telah menghubunginya terutamanya dari pengurusan kuil itu sendiri.

Sivakumar mendedahkan kebanyakan kuil khasnya yang dalam skala kecil ini sebenarnya menjana sedikit sebanyak pendapatan ketika ianya beroperasi penuh dengan kehadiran penganut.

“Namun kita semua sedia maklum kuil-kuil, rumah ibadat dan juga masjid telah di tutup kerana usaha kerajaan dalam membendung pandemik Covid-19.

“Namun sejak pelaksanaan PKP ini, kebanyakan kuil-kuil ini juga hilang pendapatan bukan sahaja untuk tujuan penyelangaraan sebaliknya untuk belanja kecil-kecilan seperti barangan keperluan upacara sembahyang.

“Tetapi upacara sembahyang secara harian tetap berjalan seperti biasa, ianya hanya tutup untuk kehadiran umum sahaja, semua poojai berjalan mengikut ketetapan sebelah pagi dan petang.

“Sememangnya kuil-kuil ini yang sememangnya kesempitan dana akan melalui fasa yang agak sukar, saya menerima panggilan telefon bukan sahaja sekitar Lembah Klang atau KL sebaliknya seluruh negara.

“Apakah daya mereka, pastinya mereka terdesak sehingga mencari saya. Pada saya pula, semua harus dibantu bukan sahaja golongan B40 tetapi jika semuanya termasuk kuil-kuil kecil ini juga.

“Oleh yang demikian, saya tampil menyumbang barangan asas untuk upacara sembahyang harian selain keperluan lain. Jika hendak harapkan kerajaan atau badan-badan amal atau syarikat korporat, berapa banyak boleh mereka tanggung,” katanya.

Jelas beliau, ketika ini lebih 100 buah kuil telah dibantu melalui hasil risikan serta maklumat orang ramai serta pengurusan itu sendiri.

“Kita akan terus bantu selagi yang terdaya, bantuan untuk kumpulan B40 juga masih lagi berjalan, kita buat yang terbaik selagi boleh,” ujarnya.

Sivakumar juga menggunakan platform media sosial termasuk laman Facebook beliau untuk menwar-warkan sumbangan serta mendapatkan maklum balas daripada pihak memerlukan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19: Sivakumar aktif bantu selagi mampu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Daripada YB-YB PH derma LTTE, lebih baik derma untuk rumah ibadat. Dapat juga sokongan dari penganut agama.

Comments are closed.