TERKINI : Seramai 6330 Jumlah Kes Pulih Covid19 dan 30 Kes Baharu Dilaporkan – Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan terdapat 30 kes baharu positif Covid-19.

Bagaimanapun daripada jumlah itu, hanya 10 kes penularan di kalangan rakyat tempatan dilaporkan hari ini.

“Daripada 30 kes baharu yang dilaporkan, tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 27 kes penularan tempatan, 17 kes adalah kes bukan warganegara Malaysia manakala kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah 10 kes sahaja,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.