Isham Jalil
Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Isham Jalil dilantik sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor yang baharu.

Pelantikan itu disahkan oleh Isham yang memaklumkan menerima surat lantikan tersebut.

”Saya terima lantikan ini dengan hati yang terbuka, ia adalah suatu amanah yang akan saya galas demi perjuangan untuk rakyat dan negara,” katanya sambil menzahirkan rasa terima kasih kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional Negeri Selangor kerana telah meletakkan kepercayaan kepadanya untuk memikul tugas tersebut.

Isham berikrar akan melaksanakan tugas yang diberikan ini dengan amanah, ikhlas dan sepenuh hati. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.