Ulya Aqamah Husamudin. foto SYAFIQ AMBAK, 31 MEI 2020

PUTRAJAYA – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyifatkan tindakan parti itu memecat pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat pemimpin yang lain adalah zalim.

Ketua Penerangan Armada, Ulya Aqamah Husamudin berkata, ini kerana tindakan itu tidak mengikut lunas perlembagaan parti.

Malah tegas beliau, semua pemimpin itu juga tidak diberi ruang untuk menghadapkan ke Lembaga Disiplin dan membela diri.

“Tindakan ini tidak langsung menunjukkan integriti dan nilai yang berdasarkan bersatu, beramanah dan bermaruah.

“Malah surat yang ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu (SUK) tidak sah kerana dia tidak berhak menandatangani surat permintaan malah jawatannya tidak wujud dalam perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian sidang media khas Armada di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ulya turut menegaskan, Armada Bersatu seluruh Malaysia masih mengiktiraf, Mahathir selaku Pengerusi Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Timbalan Presiden, Syed Saddiq selaku Ketua Armada, Dr Maszlee Malik selaku Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Amiruddin Hamzah selaku Ahli Parlimen mewakili Bersatu.

“Armada dan seluruh akar umbi menggesa pemimpin tertinggi mengadakan Mesyuarat Agung Khas secepat mungkin bagi menyelesaikan kemelut parti.

“Parti ini lahirnya dari prinsip perjuangan rakyat dan didepani pejuang akar umbi.

“Peringatan kepada semua pimpinan, sesungguhnya ahli Armada dan anak-anak muda tambahan 50 peratus jumlah keahlian keseluruhan,” katanya.

Jumaat lalu, Bersatu mengumumkan keahlian Mahathir dan empat pemimpin dalam parti itu terhenti berkuat kuasa serta-merta.

Surat yang ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya menyatakan kelima-lima ahli Parlimen berkenaan duduk di blok yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden/Pemangku Pengerusi Bersatu pada sidang Dewan Rakyat lepas. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Bodoh ARMADA ni. Merela yu bukan dipecat tapi dengan sendirinya guhur keahlian. Dalan bahasa masjid lari akidah dan murtad RUKUN PARTI BERSATU. Tak perlu surat pun tapi gugur otomatik. Surat setiausa kerja tu teknikal sahaja untuk maklunkan tentang lucut kahhlian. Setiausaha pejabat pun boleh tanda tangan. Tak jadi salahpun kalubos dua suruh dia keluarkan surat tu. Pergilah belajar jangan nak cakap macam suara kaldai.

  2. Kah kah kah..ni sorang lg bebal…Bersatu bukan pecat Medey lah bodoh…Medey dan kroni dia yg bebal mcm Si Sqdiq & Mazlee Kencing tu sertai PH di parlimen padahal Bersatu dah keluar PH..so automatik keahlian tergugur..ko ni Bangla bodoh laaa

Comments are closed.