Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Apapun rakaman atau versi pemberitaan mengenai hal ehwal yang berlaku dalam parti Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu, tidak menjadi masalah kepada UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN).

Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, parti dari MN akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan memberi tumpuan kepada agenda membela rakyat dan tidak mahu lagi berpolitik sepanjang masa sebagaimana mainan pemimpin PH.

“Itu hal ehwal dalaman parti tersebut. Kita tidak akan campur tangan dan terus beri sokongan kepada kepimpinan Muhyiddin dengan menumpukan kepada agenda membela rakyat.

“Cukuplah berpolitik memanjang,” katanya menerusi ciapan Twitternya, hari ini.

Beliau mengulas mengenai satu rakaman audio dipercayai suara Muhyiddin bersama beberapa pemimpin Bersatu merancang menarik seramai mungkin pemimpin UMNO menyertai parti itu.

Rakaman berdurasi 2.24 minit yang dijadikan bahan propaganda oleh penyokong PH itu mendedahkan bagaimana perancangan Muhyiddin hendak menjadikan Bersatu sebuah parti Melayu terbesar dengan mengajak pemimpin UMNO menyertainya. – MalaysiaGazette

Muhyiddin rancang tarik pemimpin UMNO sertai Bersatu?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Suka hati dialah apa cara dia nak jaga dan kukuhkan parti pimpinannya. Siapa nak ikut silakanlah. Terserah pada individu. Hak masing masing tak siapa boleh halang. Yang kau ni sibuj apahal pulak. Tak suka xarilah oarti lain. Semua parti sama mengalu alukan ahli yang minat untuk memohon.

Comments are closed.