Hujah agama, yang diguna pakai golongan profesional bukan daripada bidang perubatan dan penjual produk-produk alternatif, mengenai keburukan vaksin adalah antara punca ramai ibu bapa menolak pengambilan vaksin untuk kesihatan anak-anak mereka, kata seorang pakar perubatan kesihatan awam.
Gambar hiasan

BEIJING – Vaksin koronavirus buatan China dijangka berada dalam pasaran pada akhir tahun ini, kata Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset China (SASAC).

Dalam tempoh percubaan ini, lebih daripada 2,000 orang telah menerima vaksin yang dihasilkan Wuhan Institute of Biological Products dan Beijing Institute of Biological Products.

Kedua-dua syarikat itu dimiliki Kumpulan Sinopharm.

Vaksin tersebut yang kini dalam fasa percubaan klinikal kedua itu akan dipasarkan pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan, menurut SASAC.

Beijing Institute of Biological Products mempunyai kapasiti pembuatan tahunan sebanyak 100 juta hingga 120 juta dos.

China kini mempunyai lima vaksin koronavirus dalam percubaan kepada manusia.- MalaysiaGazette