KUALA LUMPUR – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Bhd, Badrul Feisal Abdul Rahim meninggal dunia lewat malam tadi.

Beliau, 50, dikatakan mengalami serangan jantung.

Badrul Feisal menerajui UMW sejak 1 Oktober 2015.

Beliau pernah menjadi Pengarah Eksekutif Bahagian Pembangunan Korporat Kumpulan sebelum dilantik sebagai Ketua Operasi Kumpulan UMW pada Januari 2013.

Allahyarham menyertai Kumpulan UMW sebagai Pengurus Besar Kanan di Pejabat Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada bulan Disember 2010 dan dilantik sebagai Pemangku Pengarah Eksekutif bagi Bahagian Minyak & Gas UMW dari April 2011 hingga Disember 2011. – MalaysiaGazette