Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditemani isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan diiringi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali melambaikan tangan kepada para media sebelum mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 8 di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 01 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan kuasanya dalam kerajaan untuk mendapatkan sokongan ketika membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Shazni Munir dalam sidang medianya hari ini berkata, Muhyiddin menggunakan jawatan-jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memancing sokongan.

“Perikatan Nasional (PN) mengagihkan jawatan ini ala adegan perompak dalam filem Nujum Pak Belalang, jawatan untuk kau, sokongan untuk aku,” katanya di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Shazni Munir hari ini mendesak agar SPRM menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu kerana didapati melanggar Akta SPRM 2009.

“Kami mahu siasatan dilakukan oleh SPRM terhadap Muhyiddin.

“Kita akan tunggu respon dari Muhyiddin sendiri kerana perkara itu telah dirancang (sebagaimana rakaman audio),” katanya.

Semalam, satu rakaman audio dipercayai suara Muhyiddin bersama beberapa pemimpin Bersatu viral bagi tujuan merancang menarik seramai mungkin pemimpin UMNO menyertai parti itu tersebar di media sosial.

Rakaman berdurasi 2.24 minit yang dijadikan bahan propaganda oleh penyokong PH itu mendedahkan bagaimana perancangan Muhyiddin hendak menjadikan Bersatu sebuah parti Melayu terbesar dengan mengajak pemimpin UMNO menyertainya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Barua DAP ini banggangnya tahap dewa. Madey pun buat benda sama. Sijil tipu pun jadi timbalan menteri. Orang yg tak tahu simpan Amanah macam mat sobo pun diangkat jadi menteri. as proven sekarang ini dia dok sibuk citer apa dia biat masa jadi menteri pertahanan…itu semua rahsia. Ada YB Hishamuddin pernah bukak mulut apa dia buat lepas PRU14. Bodoh masih boleh diterima tapi kalau tak Amanah itu kes lain. Tambah pulak kalau bodoh dan tak Amanah macam ko nie.. Takat level anjing DAP je lah

  2. Kerajaan PH pun sama. Mana ada kerajaan dalam dunia ni yang tak buat macam tu. Dari zaman kesultanan melayu melaka pun sah ada benda ni. Di zaman rasullah pun dah ada untuk kita contohi kebaikannya. Kerajaan PH ni lagak nacam malaikat tapi sebenarnya macam syaitan. ⁷

Comments are closed.