MADRID – La Liga mengumumkan liga utama Sepanyol yang bersambung pada 11 Jun ini akan membabitkan saingan jiran antara Sevilla dan Real Betis.

Perlawanan pembuka tirai selepas perintah berkurung kerana wabak Covid-19 akan berlangsung selama empat hari dengan pendahulu, Barcelona berkunjung ke Mallorca pada 13 Jun.

Real Madrid pula akan beraksi di laman sendiri berdepan Eibar esoknya.

Perlawanan berikutnya akan berlangsung bermula 15 Jun hingga 18 Jun depan.

Barcelona akan menanti kehadiran Leganes pada 16 Jun manakala Madrid berdepan Valencia di ibu kota dua hari kemudian.

Baru-baru, Majlis Sukan Sepanyol Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) dan La Liga sudah bersetuju dengan format bagi baki 11 baki perlawanan dalam dua divisyen utama Sepanyol.

La Liga berkata, musim sepatutnya dilengkapkan pada 19 Julai.

“Kami mahu musim berikutnya bermula pada 12 September,” kata presiden La Liga, Javier Tebas kepada Movistar. – MalaysiaGazette