Syed Saddiq dan Wan Ahmad Fayhsal sebelum ini adalah rakan karib, sebelum Bersatu berpecah.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencabar Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berdepan dengannya dalam pemilihan parti.

Beliau membuat cabaran itu kerana dipercayai tidak puas hati dengan kenyataan balas Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa Bersatu itu yang menegaskan dirinya tidak berhak menggunakan nama Armada dan Bersatu untuk apa-apa tujuan sekalipun.

“Kenapa takut nak berdepan saya dalam pemilihan parti? Biar akar umbi memilih, bukan kerana takut kalah, terus sokong pemecatan,” katanya ringkas menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Syed Saddiq dikatakan bengang apabila Wan Ahmad Fayhsal menegurnya cuba campur tangan soal parti Bersatu, sedangkan beliau bersama empat pemimpin yang lain sudah dilucutkan keahliannya.

Menurut Wan Ahmad Fayhsal, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam sidang media Jumaat lalu, memberikan penjelasan terperinci bahawa keahlian Syed Saddiq telah gugur secara automatik kerana memihak kepada blok pembangkang.

Semalam juga, Bersatu Bahagian Muar mengeluarkan kenyataan menggesa kemelut parti itu diselesaikan melalui pemilihan baharu, sekali gus menolak ‘pemecatan’ serta merta lima ahli parti termasuk Ketua Bahagian itu, Syed Saddiq.

Keputusan itu dicapai melalui mesyuarat yang diadakan pada Sabtu lalu, dengan sebulat suara menolak pemecatan ke atas Syed Saddiq, atas sebab beliau tidak diberikan hak untuk membela dirinya di hadapan Lembaga Disiplin parti. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Syed ni bodoh ke bangang. Nak bersaing untuk pemilihan parti buat apa. Dah ko tu bukan ahli BERSATU. Lebih baik selesaikan masakah SPEM. RM 250,000.00 lesap simpan dalam peti besi kat rumah. Llepey duit siapa.

  2. Nak jadi klon madey ke sadiq ni? Orang2 mcm ni kena humban ke lubang jamban dan jangan bagi timbul lagi!

  3. Haaa meroyan laaa tu..nasib ko sama lah mcm si boboy..dah pi bertanding KP DAP laaa..ko tu bukan ahli Bersatu pun..sibuk jerrr

  4. Kau bkn ahli bersatu lg sad dick oii..nk berlawan cmna klu nk lwn gak kau lwn acara lompat pagar atau curi duit dlm peti besi mesti kau blh jd juara…hahaha

Comments are closed.