SEOUL – Celltrion Inc mendakwa ujian bagi rawatan Covid-19 ke atas haiwan menunjukkan penurunan 100 kali ganda kandungan viral penyakit tersebut.

Kajian pra-klinikal ubat menunjukkan pemulihan yang lebih baik untuk rawatan hidung berair, batuk dan sakit badan setelah hari pertama rawatan dan membersihkan radang paru-paru dalam masa enam hari, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Syarikat-syarikat ubat di seluruh dunia kini sedang giat membangunkan rawatan dan vaksin untuk Covid-19 yang telah menyaksikan 371,000 kematian.

Celltrion mempunyai pengalaman penyelidikan dengan jenis penyakit koronavirus lain seperti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers).

Syarikat itu dijangka memulakan ujian klinikal pertama pada tubuh manusia pada bulan depan, kata Kwon Ki-Sung, Ketua Unit Penyelidikan dan Pembangunan firma itu.

“(Celltrion) mempunyai kemampuan untuk melancarkan pengeluaran besar-besaran rawatan antibodi terapeutik sebaik sahaja ia selesai nanti,” kata Kwon. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast