judi
Hafez Sabri

KUALA LUMPUR – Biadab, celupar, melampau dan ekstrem.

Itulah yang digambarkan oleh Pas Perak berhubung pendekatan yang dibawa oleh DAP dalam politik negara.

Tanpa selindung dan angkuh, politikus parti cauvinis itu sentiasa menjadikan politik negara berada dalam suhu yang panas dan tegang.

Malah, politik fitnah, adu-domba, kecaman dan merosakkan karektor individu sudah tidak segan silu lagi menjadi bahan mainan DAP.

Tegas Ketua Penerangan Badan Perhubungan Pas Perak, Hafez Sabri, rakyat Malaysia tidak akan lupa sepanjang hampir 22 bulan DAP menjadi ‘abang besar’ dalam Pakatan Harapan (PH), parti itu mencengkam kuku kuasanya.

“Hinggakan DAP berani menggugat dan mengancam asas Perlembagaan Negara yang didirikan dengan tiang agama Islam, Melayu dan Bumiputera, Raja-raja Melayu serta Bahasa Melayu.

“Watak dan wajah itu nampaknya tidak berubah setelah gagalnya DAP menyekat gelombang kesedaran dan kebangkitan yang menolak jatuh mereka dari puncak kuasa di peringkat persekutuan dan negeri-negeri.

“Ketika ini DAP masih menajamkan pisau politik mereka secara salah dan tidak wajar dengan memuat naik isu-isu yang mencetuskan api pertembungan di laman sosial Facebook milik parti mereka,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Menurut Hafez, mereka membuat lakaran kartunis yang mirip Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mesejnya ujar beliau, disertakan status yang melabelkan dengan gelaran ‘pelacur politik’ jelas satu penghinaan keterlaluan dan merupakan tuduhan fitnah apabila mengaitkan dengan fulus yang tentunya bermaksud berunsur rasuah.

Begitu juga, katanya, mereka mengulang terma ‘pintu belakang’ sebagai propaganda jahat dan keengganan DAP untuk menerima hakikat proses demokrasi dan keabsahan perundangan serta penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Ia juga boleh dianggap pemberontakan menerusi media, selain sinikal ejaan ‘Takebeer’ layak dianggap sebagai menghina syiar Islam.

“Laporan polis telah digerakkan di 24 kawasan parlimen dalam Perak supaya siasatan dan tindakan undang-undang diambil ke atas DAP negeri itu.

“Kami juga menggesa DAP Perak mengemukakan permohonan maaf secara terbuka bagi mengundang kemarahan awam,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kalaulah anak-anak kita mampu memahami apa juga yang tertulis di Mkini atau medsos pro DAP kemungkinanan besar perpaduan antara kaum didalam negara tidak terwujud hingga seratus tahun lagi.
    Agama, bangsa dan adat orang Melayu Islam langsung tak dihormati bahkan dicemuh dan dikutuk.
    Jadi tak salahlah kalau kalau Melayu tidak mempercayai yang bukan!

  2. Pemuda2 PAS dan UMNO (Muafakat Nasional) perlu lebih aggressive serta engage dengan orang2 Melayu disemua lapisan untuk menyedarkan mereka berkenaan bertapa MERBAHAYAnya DAP!!!

    Mereka mempromosi MABUK dengan penganjuran pesta2 Octoberfest secara besar2an dan mereka sekarang mula menuai hasil dari budaya tersebut. Ramai yang telah MATI dan mereka tidak akan berhenti disini!!!

    Ayuh lebih aggresive!!!

Comments are closed.