Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Dari awal mengambil alih kerajaan 10 Mei 2018 sehingga tumbang pada 24 Februari lalu, Pakatan Harapan (PH) tidak pernah selesai membincangkan calon Perdana Menteri di kalangan pemimpin mereka.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, PH langsung tidak memikirkan masalah rakyat sebaliknya mementingkan diri sendiri dengan perebutan jawatan sesame mereka.

Sepatutnya, kata beliau, dengan barisan kepimpinan PH yang hebat seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng dan ramai lagi, sepakat memikirkan hala tuju rakyat dan negara, tetapi sebaliknya berlaku.

“Ketika dalam kerajaan pun mereka membincangkan isu calon Perdana Menteri, siapa selepas Tun Dr. Mahathir, dan selepas kerajaan PH jatuh pun isu calon Perdana Menteri juga jadi topik perbincangan.

“Rakyat dibiar terkontang kanting tanpa hala tuju kehidupan yang lebih jelas, dan kini ketika negara serta dunia berdepan dengan pandemik Covid-19 pun, tidak ada apa yang PH dapat bantu dan sumbangkan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya di sini, hari ini.

Beliau seterusnya mempersoalkan, apakah wajar PH membincangkan isu itu ketika rakyat makin dihimpit kesusahan, resah mengenangkan hala tuju kehidupan saat kini dan pasca Covid-19 nanti.

Katanya, ramai rakyat hilang punca pendapatan akibat ditamatkan pekerjaan sama ada bertaraf tetap mahupun kontrak.

“Tergamakkah kepimpinan PH membincangkan isu calon Perdana Menteri kesembilan ketika nasib ribuan peniaga berada dalam keadaan getir bukan sahaja tidak dapat beroperasi sebagaimana biasa, jualan mereka juga terjejas teruk.

“Ini disebabkan kuasa berbelanja di kalangan rakyat makin terbatas akibat pandemik Covid-19,” katanya

MalaysiaGazette difahamkan, timbul spekulasi mendakwa kononnya PH dan sekutunya telah memperoleh sokongan 129 Ahli Parlimen, membolehkan mereka kembali ke Putrajaya.

Bagaimanapun, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih mahu menjadi Perdana Menteri dan bakal melantik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal sebagai timbalannya, sekali gus menafikan hak Anwar yang bercita-cita mahu jawatan Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Sekurang-kurangnya PH sediakanlah salah satu badjet alternatif dari pihak pembangkang untuk menanggani Covid19 untuk di lihat oleh rakyat, bukan bertelagah siapa PM atau siapa dapat banyak dapat undi. Tun dan Anwar, dua-dua bekas menteri kawangan, apa kata kedua-dua mereka ini usulkan rancangan untuk di nilai siapa yang hebat dalam urus tadbir.

  2. Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki is a great guy with eloquence in speech. He is a very knowledgeable person. He is very clear on what is going on in the local politics in Malaysia, particularly on the wrongdoings of PH and DAP. I feel he is better than Dr.Maszlee and Dr. Mujahid. The way he talks and writes is one with a lot of diplomacy and persuasion. His tone of speech is something acceptable to all race groups in the country. I think he should be given the position to lead Tabung Haji, as he is the one who told us about the selling of assets in TB by LGE and Mahathir and the rest of PH leaders.   

  3. Tolong lh bgi jwtan glc kt ustad ni.. Kesian dh aku tengok..Hari2 ada muka dia dok kondem pasal PH n TUN..pndai reka cipta story mory

Comments are closed.