TERKINI : KKM Bentang SOP TASKA kepada MKN – Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan prosedur operasi standard (SOP) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan operasi Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA).

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya akan menitikberatkan isu keselamatan dan memberi keutamaan kepada kanak-kanak yang ibu bapanya berkhidmat sebagai petugas barisan hadapan.

Katanya, KKM juga juga akan melihat bagaimana untuk meningkatkan perkhidmatan TASKA di hospital di bawah kementeriannya.

“Setakat ini, kita sudah ada sebanyak 112 TASKA dan pihak kita sudah memohon untuk tingkatkan lagi jumlahnya di semua hospital menjadikan ia sebanyak 146.