TERKINI : ‘Stay At Home’ Punca Bil Elektrik Tinggi – Mahdzir Khalid

Kebanyakan rakyat Malaysia berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan punca peningkatan bil elektrik, kata Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Selain itu, kata beliau, ada segelintir yang balik ke kampung semasa cuti sekolah menyebabkan berlakunya pula peningkatan penggunaan elektrik rumah di kampung masing-masing.

“Ada sebahagian pengguna kediaman kami yang agak terkejut apabila menerima bil sebenar mereka yang lebih tinggi dari kebiasaan.

Secara amnya sepanjang tempoh PKP, iaitu kira-kita tiga bulan sejak 18 Mac lalu, kadar penggunaan elektrik dalam sektor kediaman telah meningkat antara 20 hingga 50 peratus,” katanya ketika sidang media hari ini.