Kartel Generasi Baharu Jalisco menjadi sasaran pihak berkuasa MExico. foto Agensi

MEXICO CITY – Unit Perisikan Kewangan Mexico membekukan hampir 2,000 akaun yang didakwa ada kaitan dengan Kartel Generasi Baharu Jalisco.

Ia merupakan komitmen baharu Mexico untuk menentang jenayah selepas Presiden Donald Trump menarik balik ancaman untuk mengisytiharkan kartel-kartel negara ini sebagai kumpulan pengganas.

Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (DEA) menganggap kartel itu, yang dikenali CJNG, sebagai salah satu organisasi pemerdagangan dadah paling produktif di dunia yang kini membanjiri pasaran Amerika Syarikat (AS). dengan methamphetamine.

“Operasi itu adalah hasil kerja bersama yang dilakukan oleh institusi yang membentuk Kabinet Keselamatan … selama beberapa bulan,” kata unit perisikan itu dalam satu kenyataan.

Setakat ini unit berkenaan sudah membekukan 1,770 akaun bank individu serta 167 untuk syarikat dan dua pemegang amanah yang dikaitkan dengan CJNG.

Namun, ia tidak mendedahkan jumlah wang yang dibekukan dalam akaun-akaun tersebut kerana sedang menganalisis transaksi luar biasa.

Dikatakan pegawai Mexico telah bekerjasama dengan DEA untuk mencari sebilangan besar anggota kumpulan jenayah tersebut, serta pengusaha dan syarikat kewangan terbesarnya yang digunakan dalam pengubahan wang haram

Pihak berkuasa Mexico mengekstradisi Ruben Oseguera, anak kepada kartel atasan Nemesio Oseguera, ke Amerika Syarikat pada bulan Februari.

Dalam tempoh sebulan kemudian, pihak berkuasa AS menahan lebih daripada 250 orang yang mempunyai kaitan dengan kartel. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Klu kt sini 2 thn lps ada kerajaan yg lpskan akaun taikun besar ok jer x kena tindakan pun..cilanat punya kerajaan

Comments are closed.