WASHINGTON – Pentadbiran Trump mengambil langkah menghalang syarikat penerbangan China daripada terbang ke Amerika Syarikat (AS) berikutan peningkatan ketegangan perdagangan antara kedua-dua negara.

Jabatan Pengangkutan berkata, ia menggantung empat syarikat penerbangan penumpang China ke dan dari AS bermula 16 Jun ini, lapor AP.

Keputusan tersebut merupakan tindak balas terhadap kegagalan China membenarkan United Airlines dan Delta Air Lines menyambung penerbangan ke China pada minggu lalu yang mana penggantungan yang dilakukan pada tahun ini kerana penularan  koronavirus yang bermula di wilayah Wuhan.

Jabatan Pengangkutan berkata, China telah melanggar perjanjian antara kedua-dua buah negara yang meliputi penerbangan setiap syarikat penerbangan.

“Jabatan ini akan terus berhubung dengan rakan di China  yang mana syarikat penerbangan AS dan China boleh melaksanakan hak dua hala,” kata agensi itu menerusi satu kenyataan.

“Dalam pada itu, kami akan membenarkan syarikat penerbangan China beroperasi dalam jumlah yang sama dengan penerbangan penumpang berjadual ketika kerajaan China membenarkan kami (melakukan penerbangan),”. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast