KUALA LUMPUR – Masuk hari ke-3 hujah penggulungan akhir kes pembelaan SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pagi ini.

Pasukan pembelaan akan meneruskan hujah hari ini dengan menyentuh isu derma Arab Saudi kepada Najib yang merupakan bekas Perdana Menteri ke-6 ketika itu.

Sejak dua hari berhujah membela Najib, peguam bela menegaskan beberapa perkara termasuk bukti yang tidak mencukupi oleh pasukan pendakwaan yang melibatkan Najib dalam penyewelengan dana SRC sebanyak RM42 juta.

Malah peguam bela, Farhan Read semalam berhujah,sabitan dengan berdasarkan pendapat umum telah mengaitkan Najib dan SRC International dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low serta gaya hidup mewahnya menjadikan pembelaan berdepan kesukaran untuk membuktikan kesnya.

Kata Farhan, rakyat marah kerana pertuduhan menggelapkan dana syarikat itu serius namun fakta dan bukti membuktikan sebaliknya.

Keputusan yang dibuat oleh mahkamah seharusnya tidak dipengaruhi pendapat umum sebaliknya perlu berdasarkan fakta dan undang-undang,” katanya semalam.

Manakala peguam bela Harvinderjit Singh pula mendakwa Najib tidak mempunyai pengetahuan bahawa wang RM42 juta yang dipindahkan ke dalam akaun peribadinya adalah dari syarikat itu.

Jelas Harvinderjit pendakwaan gagal membuktikan bahawa tertuduh mempunyai kawalan dalam pindahan yang didakwa milik SRC International ke akaun peribadi Najib.

Najib didakwa melakukan pecah amanah jenayah (CBT) namun pertuduhan itu tidak menyatakan konspirasi, sebaliknya pendakwaan ‘mengubah suai kes’ ikut kesesuain.

“Jadi apa yang berlaku ialah pendakwaan mengubah suai kes mereka. Mereka membina keseluruhan kes di sekeliling fakta itu, menjadikan ia berlainan daripada tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) yang dikenakan terhadap Najib,” tegasnya.

Hujah pembelaan dipecahkan kepada lima bab dan menyentuh kausa serta tujuan transaksi RM42 juta yang menjadi inti pati pertuduhan terhadap Najib dan kepercayaan beliau bahawa wang tersebut adalah sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi, antara lain.

Najib berdepan tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC yang terdiri daripada tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan berkaitan dana SRC.

Prosiding pembelaan akan bermula di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebentar lagi. –MalaysiaGazette

SRC International: Bagaimana keterangan seseorang yang berdendam diguna pakai?

5 Komen

  1. Madey yang sebenarnya patut di heret ke mahkamah kerana mereka fitnah 1MDB dan mempersendakan kehakiman negara. Semua kes yang sedang berlaku sekarang membuang masa peguam dan perlu di hentikan.

  2. Dizaman kecanggihan teknologi sekarang amat mudah untuk menginaya seseorang, musuh, atau musuh politik, hatta Hakim2 sekali pun boleh diinaya. Cukup dengan punyai nombor account sesorang hakim, seseorang/sendikit/kumpulan tertentu boleh memasukkan sejumlah wang berpuluh atau beratus juta kedalam akaun tersebut. Kemudian anggota sendikit/kumpulan musuh akan mengaku MERASUAH untuk tujuan penginayaan!

    Ianya sangat mudah!

  3. Punyai wang didalam akaun tanpa diketahui puncanya BUKANlah perkara baharu! Ramai orang awam atau rakyat yang pernah mengalaminya!

    Tak percaya tanyalah orang2/pihak2 bank!

    Hatta yang tak tahu masih punyai wang yang berlambak dalam banknya juga ramai, malah ramai juga yang sudah MATI tanpa wang diTUNTUT. Tak percaya tanya BANK NEGARA!

    Susah sangat ke?

  4. X masuk akal Rm42 JUTA masuk acc tnpa disedari…pembohongan apa ni
    Dulu wang masuk Rm50k pon bank dh sekat inikan JUTA…Paling x logik dlm abad ini

Comments are closed.