Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Status jemaah haji Malaysia bakal diketahui minggu hadapan selepas keputusan perbincangan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, mesyuarat berkenaan status jemaah Malaysia telah diadakan bersama Lembaga Tabung Haji baru-baru ini.

“Hasil mesyuarat tersebut akan dibentangkan dalam Kabinet kemudian dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dua negara jiran, Indonesia dan Singapura telah mengumumkan pendirian masing-masing yang membatalkan keberangkatan jemaah haji pada tahun ini akibat penularan wabak Covid-19.

Singapura mengumumkan penghantaran jemaah haji seramai 900 orang dari negara tersebut tahun ini ditunda sehingga 2021. -MalaysiaGazette