Pasukan polis mengawal kawasan Harlesden, London susulan empat orang ditembak di kawasan itu. foto Guardian.

LONDON – Empat orang, termasuk tiga orang dewasa dan seorang kanak-kanak, ditembak di Harlesden, dekat utara London dan siasatan kes itu telah dijalankan.

Polis Britain berkata, mereka yang cedera telah dibawa ke hospital.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat.

Tembakan itu berlaku di Energen Close, Harlesden, Brent, pada pukul 9.45 malam waktu tempatan.

Polis telah menggunakan perintah Seksyen 60 yang memberi kuasa kepada polis untuk mengawal kawasan itu sehingga ham 7 pagi.

Polis telah meminta saksi untuk tampil ke hadapan dan mengatakan rondaan tambahan akan dijalankan semalaman. – MalaysiaGazette