Kira-kira 10 anggota keselamatan dan dua kereta peronda polis membuat kawalan di hadapan Rumah Kelab PAUM Persatuan Alumni UM, di Jalan Susur Damansara ketika ini.

KUALA LUMPUR – Kawalan luar biasa macam zon perang!

Itu suasana sekitar Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di sini yang menjadi lokasi mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) petang ini.

Ia gara-gara dakwaan akan berlaku sabotaj semasa mesyuarat MPT itu berlangsung malah ia diawalkan kira-kira pukul 6 petang walaupun pada awalnya dijadualkan pukul 8 malam ini.

Difahamkan ia bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Unit Tempur Ringan PDRM kelihatan memasuki Jalan Susur Damansara bagi membantu mengawal keadaan sepenjang mesyuarat MKT Bersatu di Rumah Kelab PAUM Persatuan Alumni UM petang tadi.

Tinjauan mendapati kawasan Rumah Kelab PAUM dikawal ketat oleh pihak polis dan Rela malah kenderaan Unit Tempur Ringan PDRM juga dilihat memasuki kawasan berkenaan bagi membantu mengawal keadaan.

Kira-kira 10 anggota keselamatan dan dua kereta peronda polis membuat kawalan di hadapan Rumah Kelab PAUM.

Bagaimanapun setakat pukul 7 malam tidak ada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mesyuarat MPT Bersatu malam ini tidak jemput Tun Mahathir

4 Komen

  1. Kat dunia saja Allah dah tunjukkan.
    Pengkhianat sntiasa takut & resah.
    Apalagi diakhirat nanti.
    Golongan fasiq ini bukan saja takut bahkan akan menyesali perbuatan nya semasa didunia.
    Khianat mandat rakyat.
    Mingkir janji.
    Berbohong & berhelah.

    • Ariff Abd muluk.. Marah sangat komen tu.. Bukan Atuk dah letak jawatan SEMUA sekali??

  2. Ustaz2 DAP macam muluk tak jumpa ayat2 Quran seperti ini yang melarang mengambil atau bersekongkol ngan non muslim.

    Jadi, ustaz muluk, salah satu ayat2 tersebut ialah QS. 4. An-Nisaa’ : 138-139 “Kabarkanlah kepada orang-orang MUNAFIQ bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih. (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu ? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.”

    Allah panggil puak2 ini orang2 MUNAFIK. Bukan aku kata

Comments are closed.