drunk sodomised sodomy driver lorry attendant
ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

PETALING JAYA- Dua orang individu lelaki yang didapati melakukan kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk atau di bawah pengaruh alkohol ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kedua-dua suspek berusia 23 dan 40 tahun ditahan dalam sekatan jalan raya Op Alkohol di beberapa lokasi antara 11 malam hingga 3 pagi tadi.

“Fokus utama operasi ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membanteras dan mencegah pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol sekaligus membahayakan keselamatan dan menyebabkan kematian orang lain.

“Sepanjang operasi tersebut malam tadi, seramai 94 orang pengguna jalan raya dan 73 buah kenderaan telah diperiksa.

“Daripada jumlah itu dua lelaki telah ditahan oleh polis kerana didapati memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi daripada had yang telah ditetapkan (80 miligram per 100 mililiter),” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama kata Nik Ezanee, polis juga telah mengeluarkan satu saman terhadap seorang individu lagi kerana tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

“Kesemua mereka ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 45(A)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Hasil tinjauan polis juga mendapati masih terdapat pengguna di atas jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkohol.- MalaysiaGazette