Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membincangkan pada Sabtu sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tamat pada 9 Jun akan dilanjutkan.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau tidak mahu membuat spekulasi mengenai pelanjutan PKP, tetapi menegaskan bahawa keputusan akan dibuat berdasarkan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta keadaan wabak semasa.

“Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempengerusikan mesyuarat MKN.

” Selain isu pelanjutan PKP, prosedur operasi standard (SOP) untuk pusat kecantikan, kedai gunting rambut dan pasar malam juga akan dibincangkan. Perniagaan akan dibenarkan selepas SOP disiapkan,” katanya kepada Sinchew Daily.

Selain itu, mesyuarat Kabinet telah ditunda dari Rabu ke Khamis pada minggu ini memandangkan Rabu merupakan hari kuarantin terakhir untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin dijangka kembali ke pejabat pada Khamis dan akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet. – MalaysiaGazette