Petronas

KUALA LUMPUR – Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas LNG Ltd. (PLL) telah melaksanakan penghantaran gas asli cecair (LNG) ke Yangon, Myanmar pada bulan Mei dan Jun 2020.

Penghantaran kedua kargo LNG adalah sebahagian Perjanjian Jual Beli Induk antara PLL dan CNTIC VPower yang ditandatangani pada awal tahun 2020.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, kargo LNG dijual secara Free-On-Board (FOB) sebanyak 190,000 meter padu.
Kedua-dua kargo LNG dimuatkan di Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak dan dihantar pada 7 Mei lalu di atas CNTIC VPower Global dan pada 3 Jun 2020, melalui Golar Kelvin.

Ketua Pegawai Eksekutif PLL, Abdul Aziz Othman berkatam kedua-dua kargo LNG itu menandakan era baru dalam pertumbuhan permintaan LNG di rantau Asia Tenggara.

Myanmar adalah negara terbaharu yang menggunakan LNG dalam bentuk tenaga lebih bersih, Petronas berharap dapat menjadi rakan kongsi dan pembekal jangka panjang.

Melalui penyelesaian rantaian nilai integrasi, Petronas memberi kemudahan penghantaran kargo dengan menawarkan penerimaan bersyarat kepada kapal CNTIC VPower Global bagi membolehkan tangki multilobe pertama yang terdiri daripada dua bahagian tangki silinder, atau lebih dikenali sebagai kapal LNG jenis Bilobe, untuk berlabuh di terminal Bintulu.

Terminal ini turut menyediakan perkhidmatan penyejukan. – MalaysiaGazette