KUALA LUMPUR – Pasukan pendakwaan masih lagi tidak dapat membuktikan wang RM42 juta yang masuk ke dalam akauan peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya berasal dari pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Itu antara hujahan oleh peguam bela, Farhan Read ketika penggulungan akhir pembelaan kes SRC International Sbd Bhd melibatkan penyewelengan dana syarikat itu sebanyak RM42 juta oleh Najib ketika masih lagi menjawat jawatan Perdana Menteri.

RM42 juta telah dipindah masuk ke dalam akaun peribadi Najib antara 24 Disember sehingga 6 Februari 2016 namun sehingga kini tidak dapat dibuktikan ‘sumbernya’.

Kata Farhan, pendakwaan hanya sekadar mendakwa dana yang dipindah masuk ke akaun peribadi itu berasal dari pinjaman KWAP kepada SRC.

Namun pada masa sama, ianya kelihatan bercanggah dengan keterangan saksi pendakwaan iaitu pegawai penyiasat kes berprofil tinggi ini, Rosli Hussain ketika perbicaraan ini.

“Ada bukti yang cukup jelas dengan keterangan oleh pegawai penyiasat SPRM, Rosli Hussain bahawa RM42 juta bukan dari pinjaman KWAP.

“Justeru itu, tidak ada sebarang kaitan dengan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat kabinet berhubung pinjaman KWAP dengan RM42 juta itu, saksi sendiri yang beri keterangan itu sebelum ini.

“Ingin sekali kami tegaskan di sini punca sebenar atau kemungkinan bagi transaksi RM42 juta itu tidak dibuktikan,” hujahnya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Malah kata Farhan lagi, tidak ada bukti yang jelas menuduh Ahli Parlimen Pekan itu adalah ‘pengarah bayangan’ SRC International mahupun atas apa jenis kapasiti sekalipun bagi memungkinkan wang sebanyak RM42 juta masuk ke dalam akaun peribadinya.

Jelas Farhan lagi, sememangnya Najib percaya wang yang ada dalam akaun peribadinya yang di belanjakan rata-rata untuk kerja-kerja CSR itu adalah wang derma kerajaan Arab Saudi bernilai RM2.6 bilion.

Hari ini genap setahun dua bulan sejak kes SRC International di bicarakan dan jangkaan pasukan pendakwaan dan pembelaan akan mengakhiri hujan lisan akhir sebelum ianya di teliti oleh Mohd Nazlan selepas ini.

Najib ynag merupakan Perdana Menteri ke-6 antara April 2009 sehingga Mei 2018 merupakan pemimpin jawatan nombor 1 negara yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan salah guna kuasa serta rasuah.

Beliau ketika iniberdepan tiga tuduhan pecah amanah (CBT) dan satu tuduhan salah guna kuasa berkaitan dana SRC berjumlah RM42 juta dan dituduh melakukan kesalahan itu antara 17 Ogos 2011 dan 10 Feb 2015.

Prosiding bersambung ketika ini dengan pasukan bela terus menyambung hujah akhir bela. –MalaysiaGazette

Kenapa Najib perlu buat laporan polis jika tiada ada unsur penyewelengan?

1 Komen

Comments are closed.