Najib Razak

PUTRAJAYA – Dalam sidang media hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad berkali-kali menyebut nama Datuk Seri Najib Tun Razak sambil mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menyalahguna kuasa seperti mana zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Najib.

Dakwaannya itu berkait rapat dengan pelantikan beberapa ahli politik dalam syarikat milik kerajaan yang mana menurut beliau amalan seumpama itu telah ‘dibersihkan’ semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan

Beliau juga mendakwa amalan tersebut sebagai cubaan merasuah dengan menawarkan jawatan kepada mereka yang mengkritik kerajaan.

Kata Dr Mahathir perbuatan tersebut merupakan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Perikatan Nasional dan sudah tentu ada yang sanggup menerima jawatan setaraf menteri dengan gaji kira-kira RM18,000.

“Perkara yang sama berlaku dengan apa yang telah Najib lakukan dahulu.

“Dalam tempoh dua setengah bulan kerajaan telah menunjukkan mereka sanggup menyalahgunakan kuasa dengan memanggil orang-orang yang tidak menyokong kerajaan dan menawarkan jawatan menyamai taraf menteri.

“Mereka dilantik kerana kerajaan mahu menyogok orang-orang ini dirasuah dan tentunya ada yang kecundang,” katanya sambil menambah kerajaan sekarang akan kembali ke zaman Najib dan keadaan akan menjadi bertambah teruk.

Menurut Dr Mahathir, kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini telah meletakkan golongan profesional dalam syarikat milik kerajaan  namun kerajaan sekarang telah menggantikan mereka dengan orang politik.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, usaha kerajaan membendung pandemik Covid-19 menampakkan hasil kerana ia diterajui oleh seorang doktor walaupun pada peringkat awal ada cubaan untuk meletakkan orang politik kerana ia memberikan publisiti yang baik kepada individu berkenaan.

“Aatu ketika, ada usaha untuk mengeluarkannya (doktor) dan menggantikannya dengan ahli politik kerana ia memberi publisiti yang baik kepada ahli politik itu, tetapi ada bantahan kerana pegawai itu masih ada,” katanya.

Kenyataannya itu merujuk kepada usaha membendung pandemik itu yang peringkat awal diterajui Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba, bagaimanapun ia kemudian dikendalikan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir mendakwa rakyat masih tidak dapat menikmati bantuan yang diumumkan kerajaan malah menurut beliau Perikatan Nasional hanya nampak elok di akhbar hakikatnya rakyat menderita. – MalaysiaGazette

 

 

20 Komen

  1. Hendak kembali zaman Najib buat apa, Najib bukan PM, yang sedihnya PKR dan DAP, 2 kali merasa zaman PM Tun dan 2 kali kencing.

  2. Madey ajar Syed Sadik jadi pencuri,
    Madey ajar Thomas jadi Rule Of Junggle
    Madey ajar Guan Eng jadi penipu
    Madey ajar diri nya kurang ajar.
    SPRM ada bukti nya

  3. Mahathir sudah tidak lagi relevan dan makin kelancangan dan super ego beliau makin terserlah dan terlondeh satu persatu sisi-sisi gelap beliau.Dan itulah penyebab utama semakin beransur dan menyingkir mereka mereka yang di kencing oleh mahathir dari lingkungan politik beliau dan anwar ibrahim telah menunjukkan jalan pengasingan daripada pembawa bala politik serta menjauhkan diri daripada wabak mahathir2020.

  4. 22 tahun +22 bulan semua salah mahathir…. Kerana dia PH kerana dia jgak PH jatuh tp syg.. PH masih percaya kata2 si tua nyanyuk ni… Dia akan berjaya apabila boboi kesayangan nya naik jd PM… Kot

  5. Zaman Najib jauh lebih baik dari zaman Atok nyanyuk ni..masa ko lantik kroni ko pegang jawatan GLC ko halalkan..tu kat Penang tu semua jawatan GLC dipegang oleh DAP ko tak nak komen? ..ko ni mmg tua setan lah..bila ko nak mampos ni..

  6. Udah2 mahathir , ko dah tu..jgn smpai lengkop dlm pjara pula tua2 ni ya…udah2 lh mahathir dah tua dah ko…

  7. Orang tua nyanyuk ni dah tak boleh pakai lagi dah.Selama 22 ma 22 tahun + 22 bulan rekod pemerintahannya maha maha maha maha teruk semangat. Senang aje…. Jalan penyesalannya masuk dalam sangkar bagi makan tanggung gilirannya pulak ha barulah negara Ketuanan Melayu ini AMAN DAMAI. Selagi tak dibuat selagi tulah tak ada kesudahannya. Inilah Penyudahnya.

  8. Biarlah atok nak cakap apa pun ,atok tak relevan lagi ,cakap nya sama aja ,kerja salahkan orang lain selama 22thn,22bulan biar dia rehat

  9. Lebih baik balik ke zaman najib berbaloi daripada zaman madey yang jadikan melayu macam bangsat. Dia jata najib pencuri tapi dia dan keluarga dia atuk segala penyamun.

  10. Sori. Taktik sama tak kan jalan dah Tun. Skang ni zaman Abah. Zaman PH pun lantikan politik merata. SPRM, AG, jawatan2 lantikan dlm kementerian perpaduan, menteri pendidikan semua tu kaki kaki politik penuh. Bawak propaganda komunis China masuk sistem pendidikan tu apa cita? Selagi tak lantik org yg korup dan perasuah, selagi dia kompeten, rakyat tentu tkda halangan.

  11. Atok takut dengan Najib.
    Sebelum tu Atok takut dgn LKS
    Lepas tu Atok takut dgn Nuar
    Atok tak takut Allah agaknya
    Tu pasal Atok bolot harta dunia
    Dengan penipuan dan menyamun

  12. Sudah laa.. 22 bln jd pm 7 mejoriti rakyat dah sedar siapa itu ph, kat tk lntik org politik dlm glc autakare…

  13. Abis tu atok lantik koya jd bos sprm tu blh pulak. Tu kan asal org politik. X salah guna kuasa ke dh mcm zama najib jugak..

  14. Virus atuk ni lagi bahaya dr covid..
    Udah2 tu org tua kutuk..hentikanlah memecah belah bangsa dgn penipuan kau..

  15. Zaman PH pun ada yang jadi pencuri Dan salah Guna kuasa. Mahyudin bukan pendendam dia Utamakan rakyat dan negara Itu yang penting. Bukan nak berpolitik pada masa sekarang. Kalau hendah berpolitik Tungu PRU 15. Baru Betul. PH dah dapat kuasa pun nak berpolitik dengan rakan sendiri. Akhirnya tersungkur. Sekarang meroyan nak merebut kuasa semula.

  16. Kes Najib di Mahkamah
    Whether you like him or not, DSN is indeed a great man. He allowed himself to be questioned by the prosecution for 11 days. All those days, he was under oath. Wow, that was great! Only a brave man could have done it. A man whose conscience is clear and he has nothing to hide. Now guys, compare DSN with Anwar, Guang Eng, Azmin, Mat Sabu and others in PH. I am pretty sure; they will shiver in their pants. Anwar refused to be questioned under oath. All the time, shouting “Reformasi and Konspirasi) and I am the good guy”. While Lim Guan Eng, used his political power backed by Mahathir and Tommy Thomas (some call him Tommy Tomato) to stop his ongoing trial (the bungalow and the Penang Tunnel) cases. By the way, the law is a complicated and a tricky subject and not everyone will understand it, not even the so-called great super genius of Malaysia (Mahathir). While PH was in power, it launched a trial by media on DSN. They made the whole world laugh at him. But DSN stood firm as a rock and fought back with hard tangible facts. Look now what has happened to the people in Malaysia, they are now supporting and sympathizing DSN. They believe him now more than ever that it was a conspiracy by Mahathir and PH that brought him down and made him lose power. My last word will be, may God be with DSN. May God also save Malaysia and its beautiful people. p.s I suggest it is about time you must put on your thinking cap to see what is happening in Malaysia. The rest is your joy of discovering the truth.

  17. Kalau Atuk tak berubah…tak bertaubat….tak menginsafi segala salahlakunya, Diyakini bila tiba saatnya yg tak berapa lagi,…atuk akan menyebut Najib…Najib…Najib…Najib….Najibbbbbbb…..dan terus senyap.

  18. Kesian sangat dengan tun bercakap sorang sorang merapu bersama meroyan.orang takda heran apa yb katakan memang sifat nyanyuk mcm itu……dia lepaskan jawatan dia pulak yang ambil balik……tunggulah PRU15 JIKA mau pm kembali.itupun jika menAng 2/3.

Comments are closed.