Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menyifatkan kedudukan Perikatan Nasional (PN) masih stabil.

Beliau yang lebih mesra disapa Pak Wan menegaskan, tidak timbul soal PN berdepan dengan masalah dalaman, jauh sekali terjejas dengan usaha Pakatan Harapan (PH) untuk merampas kerajaan.

“Saya fikir PN sangat stabil, sebab itu saya gesa semua pihak memberikan sokongan apa juga yang sedang dibuat Perdana Menteri dalam menghadapi krisis Covid-19,” katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Kelab PAUM, Persatuan Alumni Universiti malam tadi.

Terdahulu Mohd Redzuan antara ahli MPT Bersatu yang lain menghadiri mesyuarat tergempar parti itu yang dipengerusikan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula kira-kira jam 8.30 malam ini.

Dalam pada itu, Mohd. Redzuan juga menafikan dakwaan beliau mahu meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) sebelum ini.

“Siapa cakap (letak jawatan), tidak, terlalu banyak spekulasi, esok saya ada sidang media,” katanya ringkas.

Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semua perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat malam ini akan dikongsi bersama petugas media esok.

“Semua perbincangan tadi akan kita buat dalam sidang media esok hari. Lebih mudah kita buat sidang media, kerana banyak perkara satu persatu.

“Kita akan buat awal pagi esok, setiausaha akhbar Bersatu akan maklum nanti,” katanya.

Bagi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pula menegaskan, mesyuarat MPT Bersatu malam tadi berjalan dengan lancar tanpa sebarang pertelingkahan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bercakap kepada media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Rumah Kelab Persatuan Alumni UM, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 04 JUN 2020.

“Mesyuarat berjalan dengan cukup baik, alhamdulillah, semua bagi sokongan, semua bagi kepada Perdana Menteri merangkap presiden dan pemangku pengerusi parti.

“Kami semua di dalam mood suasana hari raya, baik tiada masalah. Memang ada beberapa (keluar mesyuarat) mungkin ada hal,” katanya.

Beliau turut mengesahkan tiada sebarang perbincangan mengenai kerjasama Bersatu dengan UMNO.

“Tiada (kerjasama dengan UMNO), kita bincang beberapa perkara lain,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Jawatan dan dedak menjadi perkiraan utama mereka yg mengkhinati kawan2 dan PH, fikir2kan samaada perbuatan itu halal atau haram terutama mengkhianati amanah rakyat yg beri sokongan kpd PH. Harta dan pangkat tidak boleh bawa ke akhirat lebih lagi apabila tinggal harta haram apabila mati untuk sana saudara berhibur

  2. Maka benarlah prediction sasterawan TERSOHOR NEGARA Allahyarham Shahnon Ahmad yang mengkisahkan KEPALA TAIK akan terpelanding dengan sendirinya! Tanpa KEMUTAN! Novel SHIT hanyalah sebuah novel satira rakyat!

    Ianya jauh lebih menarik dari novel hasil nukilan sasterawan yang telah mengangkat PEMIMPIN2 KAFIR sebagai PENGHULUnya dan kini dikatakan INGIN pula MATI DIATAS TIKAR SEJADAH?

Comments are closed.