KUALA LUMPUR – Isteri Tomok selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara semalam.

Berkongsi berita gembira itu, Tomok memberitahu, isterinya, Rahayu Abas selamat melahirkan bayi seberat tiga kilogram itu yang dilahirkan secara normal.

Tomok atau nama sebenar, Shah Indrawan Ismail, 35, mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011.

Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian yang berusia lapan tahun dan Andra, lima tahun. – MalaysiaGazette