Gelagat warga emas memakai penutup hidung dan mulut susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 07 MEI 2020

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengubah nasihatnya berhubung penggunaan penutup mulut dan hidung.

Katanya, penggunaan penutup mulut dan hidung perlu digunakan semasa berada dalam khalayak bagi mengekang penularan koronavirus.

Badan kesihatan dunia itu berkata, maklumat terbaharu menunjukkan penggunaan penutup mulut dan hidung boleh menghalang jangkitan daripada titisan.

Beberapa negara di seluruh dunia sudah pun mencadangkan agar pemakaian penutup mulut dan hidung ketika berada dalam khalayak walaupun WHO sebelum ini berkata, individu sihat tidak perlu memakai alat keselamatan tersebut.

Dr Maria Van Kerkhove, pakar utama teknikal Covid-19 mencadangkan orang ramai memakai “topeng kain – iaitu topeng bukan perubatan”.

Setakat hari ini, kes jangkitan koronavirus yang disahkan berjumlah 6.7 juta dengan hampir 400.000 kematian sejak wabak itu bermula akhir tahun lalu, menurut data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University. – MalaysiaGazette