SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan pembantu kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Siti Nurul Hidayah bahawa beliau telah diugut, diherdik dan dipaksa untuk beri keterangan seperti yang tular di media sosial.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali berkata, pihaknya menolak sekeras-kerasnya dakwaan itu yang menyatakan penama berkenaan telah diperlakukan sedemikian untuk memberikan keterangan sebagaimana dinyatakan dalam video berkenaan.

Beliau berkata, SPRM tidak akan bertolak ansur atau takut dengan sebarang ugutan daripada mana-mana pihak kerana agensi itu mempunyai bukti bahawa tohmahan tersebut adalah tidak benar.

“Dakwaan yang mengatakan beliau telah dikerumuni empat atau lima pegawai lelaki dan diuguti adalah rekaan semata-mata, sebaliknya sepanjang masa proses rakaman pernyataan dibuat, beliau telah ditemani oleh dua pegawai wanita.

“Kehadiran beliau adalah secara sukarela sebagai antara saksi utama yang telah memberikan keterangan-keterangan penting dalam membantu SPRM menyiasat kes ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Norazlan berkata, SPRM akan membuat satu laporan polis berhubung tohmahan itu sekali gus meminta pihak polis menyiasat perkara tersebut setelus-telusnya.

“SPRM bersedia memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam perkara ini,” katanya.

Semalam, Siti Nurul yang merupakan Setiausaha Kehormat sebuah kelab pertubuhan belia mengeluarkan kenyataan diperlakukan sedemikian oleh SPRM dalam satu rakaman video yang disiarkan di sebuah portal tempatan. – Bernama

4 Komen

  1. Muda2 lagi dah simpan CASH RM250,000 didalam rumah?

    Itu yang didedahkan, yang tidak didedahkan?

    Untuk elak fitnah, eloklah buat siasatan, siasatan je?

  2. yg duduk sekeliling syed saddiq ne semua jenis manusia rosak ahlak agaknya,fitnah jadi makanan mereka lah,bawa2 lah bertaubat,tak takut dosa ke

  3. Semua cara cuba menyebarkan fitnah secara persepsi macam sebelum sehingga sudah PRU14 untuk langkah menumbangkan kerajaan dengan cara meracuni pemikiran rakyat agar benci dengab kerajaan..

  4. Mmg dasar penipu bila tak menipu bukan geng panjat pagar kena kejar penduduk namamya.sprm pun ko nak goreng..mcm takut sesuatu je..

Comments are closed.