Kajian jurnal perubatan di New England yang dikeluarkan menjelaskan, sekiranya semua pihak mengamalkan penjarakan sosial satu atau dua meter, ia boleh membantu memutuskan jangkitan Covid-19.-Gambar hiasan.

AMERIKA SYARIKAT – Jumlah kematian akibat wabak Covid-19 terus membimbangkan apabila angka terus meningkat dari hari ke hari.

Statistik Reuters melaporkan jumlah korban tertinggi akibat pandemik itu di seluruh dunia dengan Amerika Syarikat mencatatkan kenaikan 109,000 kes.

Ini menjadikan kumulatif kematian melepasi 396,000 kes.

Sementara itu, Brazil dan United Kingdom serta Itali turut mencatatkan kes korban Covid-19 melebihi 35,000 manakala Perancis dan Sepanyol merekodkan jumlah korban lebih 20,000 dengan masing-masing mencatatkan 29,000 dan 27,000 kes.

Negara lain masih mencatatkan angka korban di bawah 11,000 kes.

Dalam pada itu, dunia terus menyaksikan perkembangan positif bagi kes pesakit yang telah sembuh apabila sebanyak 2.87 juta pesakit dibenarkan discaj. – MalaysiaGazette