BANGKOK- Jawatankuasa Penyakit Berjangkit Phuket pada hari ini membuat keputusan untuk membuka semula pantai-pantai yang berada di wilayah tersebut.

Namun begitu, langkah tegas tetap dilaksanakan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Gabenor Phakaphong Tavipatana berkata, beliau akan bertemu dengan agensi pentadbiran tempatan bagi merangka garis panduan untuk pengunjung pantai.

Jawatankuasa tersebut turut membenarkan lembaga pengangkutan jalan darat wilayah untuk membuka semula beberapa perkhidmatan bermula esok sebelum beroperasi sepenuhnya pada 22 Jun ini.

Ini susulan tiada sebarang kes positif Covid-19 disahkan di Phuket sejak lebih 15 hari lalu.

Jawatankuasa penyakit berjangkit Phuket baru-baru ini bertemu dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailan bagi meminta kebenaran supaya lapangan terbang Phuket dibuka semula.

Jawatankuasa itu juga baru-baru ini telah melonggarkan sekatan untuk memasuki wilayah tersebut melalui pintu masuk Tha Chatchai atau melalui jeti 24.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast